REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Beliau berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi 'orang politik.'
"Ada orang tanya bagaimana pula orang politik, sistem berbeza tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji, kaji sekali, kalau penjawat awam tak ada, orang politikpun tak ada tapi ia tertakluk kepada kelulusan di Parlimen. Kalau jadi dan Kabinet bersetuju, saya (akan) bentangkan (di Parlimen),
"Kalau ada kebetulan Ahli Parlimen nak tolak, itu dia tolak la, saya bentangkan sebab dari segi tanggungjawab moral, bagaimana boleh kita bentangkan kepada awam dengan alasan kukuh dari segi ekonomi tetapi diberikan pengecualian kepada orang politik, sukar saya mahu rasionalkan.
"Saya belum bentang kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk perbincangan awal tetapi kalau mereka mahu elaun khas lain sebagaimana penjawat awam, kita boleh bincang tetapi dari segi konsistensi dalam memperkenal dasar, itu kita perlu bersama," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Anwar juga berkata cadangan memansuhkan sistem pencen penjawat awam disuarakan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an namun ia tidak dilaksana.
Beliau berkata isu itu perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi sekali gus memastikan penjawat awam tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.
"... tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.
"Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu? Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Anwar berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi 'orang politik.' - Gambar FB Anwar Ibrahim
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.